Friday, 17 February 2012

Adeeb meragam

Biasanya Adeeb tak meragam. Tapi harini ntah kenapa Adeeb meragam.... Adakah sbb mama mkn nasi kerabu? Atau sbb2 lain?

Thursday, 16 February 2012

Injection

Sepatutnya Adeeb kena inject 15 feb, tapi baba ada hal... So Adeeb kena inject 16 feb

Wednesday, 15 February 2012

adeeb 31 hari




Dalam 2-3 hari ni memang Adeeb suka tidur siang... Lena betul.... Tapi malam berjaga....

Monday, 13 February 2012

Adeeb dah botak

Adeeb dah botak..... Pagi Jumaat lepas mama dan baba gunting dn cukur rambut Adeeb.. Susah juga sbb rambut Adeeb lebat... Hampir dua jam baru selesai ..... Lps tu kepala Adeeb naik ruam... Sian Adeeb......

Tuesday, 7 February 2012

Majlis Aqiqah

Malam tadi diadakan majlis aqiqah dan kenduri arwah atuk Maarof sekali. Ramai tetamu yang datang. Sempena majlis aqiqah ni, 2 ekor kambing telah disembelih, dimasak dan diagih-agihkan kepada para tetamu. Terima kasih kepada mak long, usu dll yang memasaknya. Hidangan makan selepas kenduri ialah nasi lemak dan kuih - muih... Kakak nabeela dan nadeea mmg suka nasi lemak.... Mama je tak boleh makan.. Bukan apa takut ada belacan ke kat sambal tu.....

Goodies yang diberikan untuk tetamu ialah botol air dan kismis... Botol air tu ada 4 warna iaitu merah, pink, hijau dan biru.. Selain itu, para tetamu juga dapat nasi ambeng....

Mama tak sempat nak ambil gambar sepanjang majlis tersebut... Orang ramai sgt... Apapun Alhamdullillah... Majlis dah selesai.... Dan Adeeb akan dicukur botak...... Camnerlah agaknya muka anak bujang mama bila botak nanti....

Saturday, 4 February 2012

Adeeb dah 21hari

Alhamdullillah umur Adeeb dah 21 hari... Mama masih tak sempat nak upload gambar Adeeb dalam blog ni... Kalau dalam FB kerap dan byk jugaklah yang mama dah upload. Nak cerita apa ye tentang Adeeb...mmmmmmmmm.... Kalau Adeeb nak berak, selalunya dia akan meneran dan merah padam mukanya....

InsyaAllah malam Isnin minggu depan akan diadakan majlis Aqiqah untuk Adeeb... Agak sedih kali ni... Sebab atok Maarof tidak dapat bersama2... Sebab atok Maarof sudah kembali ke rahmatullah... Adeeb memang tak sempat jumpa atok... Semoga atok ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Wednesday, 1 February 2012

Tanggal pusat

Umur ADeeb dah 17 hari. Alhamdullillah takde masalah menjaganya.. Bangun malam untuk menyusu itu perkara biasa.. Kerap berak juga perkara biasa bagi baby kan... Begitu juga dengan adeeb....

Akhirnya pusat adeeb tanggal juga... Agak lama dibandingkan dengan kakak2nya... Klau tak silap nabeela 12 hari dan nadeea 8 hari....

Semoga adeeb menjadi anak yang soleh....