Saturday 5 May 2012

Alhamdullillah sudah sebulan mama kembali bekerja. So bila mama ke sekolah, Adeeb mama tinggalkan di rumah pengasuh.. Dekat je rumahnya iaitu sebelah umah je.... Alhamdullillah Adeeb ok di situ.. Lagipun Adeeb mmg tak banyak ragam. Alhamdullillah juga Adeeb sepenuhnya hisap susu badan. Sebelum mama bekerja dulu, pernah juga bagi susu anmum tapi Adeeb ada masalah nak berak. Mama bagi susu anmum sbb risau tak cukup susu... Alhamdullillah setakat ni cukup... So Adeeb dapatlah minum susu mama walaupun dalam botol. 2-3 hari ni Adeeb dah belajar meniarap. Tapi tak terror lagilah.. Go Adeeb.. Go... You can do it sayang.....

Monday 2 April 2012

Hari terakhir cutiku

Hari ini ialah hari terakhir cuti mama... Mama akan mula bekerja esok... Mmg syok bercuti selama kira-kira 4 bulan setengah.. Tak pernah mama cuti sebanyak ini. Alhamdullillah rezeki baby, dapat cuti panjang. Cuti ini bermula dari bulan November 2011 , waktu tu mama tengah sarat mengandung, memang eloklah duduk di rumah sahaja. Lepas tu bila sekolah bermula, mama terus sambung cuti walaupun mama belum bersalin. Waktu tulah mama uruskan hal2 persekolahan dua orang anak dara mama tu... Dn bila dah bersalin, of courselah mama cuti bersalin.

Adeeb akan dijaga oleh jiran merangkap isteri tok penghulu kampung ni.... Mama berharap sangat Adeeb dijaga dengan baik.. Dan harap2 Adeeb tidak menimbulkan masalah kepada nenek baru Adeeb tu... Setakat yang mama jaga, adeeb memang tak banyak masalah. Adeeb jarang menangis, tak banyak karenah.. Pendek kata, adeeb seorang budak yang baik... Alhamdullillah.. Dan semoga keadaan ini berterusan. Mama doakan adeeb akan selamat dan dijaga dengan baik.

Nadeea pula akan transit di rumah menantu nenek yang jaga adeeb tu... Harap2 nadeea pun ok di situ. Nabeela akan balik rumah sendiri... Mama doakan anak2 mama akan selamat dan sihat walau dimana mereka berada.... Mama sayang ketiga2nya....

Mulai esok rutin harian mama akan berubah... Mama akan hantar nabeela ke sekolah dan mama terus ke sekolah mama. Nadeea pula akan dijemput oleh acik mimi untuk ke sekolah (sebelum ni baba yang hantar). Dan adeeb akan dihantar oleh baba ke rumah pengasuh... Bukan apa, kalau mama yg hantar, pukul 7 pagi adeeb dah terpacak di rumah pengasuh.. Sian pulak, awal pagi sgt.... Baba bolehlah hantar lewat sikit dalam pukul 8 pagi.....

Semoga semuanya berjalan lancar... Dan yang paling penting, nabeela, nadeea dan adeeb selamat walau di mana jua anak2 mama berada ........

Saturday 17 March 2012

Cerita anak2

Minggu ni adalah cuti sekolah untuk semua guru2 dan murid2. Mama memang tetap cuti sebab cuti bersalin mama hanya akan berakhir pada 1 april nanti. Disebabkan mama ada baby kecil dan baba pula bekerja, takde sapa nak bawa nabeela dan nadeea gi jalan2. Hanya hujung minggu je we all balik kampung. Dapatlah nabeela dan nadeea bermain2 ngan sepupu dorang.. Kalau kat rumah ni kena tolong mama jaga adik.

Semalam petang mummy along ( my akak ipar ) dengan baik hatinya telah membawa anak2 dara mama tu ke kidszania.... Mmg seronoklah dorang... Nabeela mmg teringin nak ke situ. Tambah pula pegi ngan sepupu dorang iaitu tijani dan nuha.... Lagilah bertambah2 happynya.... Alhamdullillah merasa juga dorang jalan2. Tiap kali cuti sekolah memang mummy along akan bawak dorang jalan2..... Tq mummy...

Cerita pasal adeeb pula, mama dah start bagi dia susu botol, mama perah susu dan masukkan dalam botol. Alhamdullillah dia mau... Mama juga dah start tidurkan dia dalam buai... Mudah sikit kat rumah pengasuh nanti. Mama harap adeeb serasi dengan pengasuh baru nanti... Lebih kurang 2 minggu lebih lagi mama akan kembali bekerja..... Terpaksalah adeeb dijaga oleh orang lain.... Sedih memanglah sedih... Tapi apakan daya... Mama terpaksa bekerja sayang... Mujur juga mama kerja separuh hari.... Dalam pukul 2 ptg dah boleh jumpa adeeb semula... Teringat dulu waktu nabeela dan nadeea masih bayi... Start umur 2 bulan mama terpaksa hantar dorang ke nursery dari pagi sampai petang.... Alhamdullillah diaorang membesar juga akhirnya walaupun kerap sgt demam.. Faham 2 ajelah hantar kat nursery... Budakkan ramai........

Semoga anak2 mama akan menjadi anak2 yang soleh dan solehah... Amin... Mama sayang nabeela, nadeea dan adeeb sgt2... Muahhhhhhhh......

Monday 27 February 2012

Day 44

Alhamdullilah harini hari yang ke 44, hari terakhir berpantang..... Esok dah freedom.... Actually mama tak fully berpantang pun... Takde bertungku... Cuma berurut selama 7 hari.. Berbengkung (itupun tak sepenuhnya... Sbb malas sikit nak pakai, kadang2 tak sempat pakai... Dan kesannya perut buncit.. Padan muka mama... He..he...)

Makan pun seadanyalah sbb mama berpantang sendiri... kdg2 tak sempat nak masak... Iyelah nak jaga baby, nak itu, nak ini... Biasalah seorang suri rumah kan.... Mama berpantang kat kampung selama 2 minggu je... Selebihnya kat rumah Ampang ni....

Rasanya mama x nak mengandung lagi kot... Dah dapat baby boy dah.. Lagipun atas faktor usia.. 36 tahun dah........

Thursday 23 February 2012

Adeeb 40 hari

Alhamdulillah Adeeb dah berusia 40 hari.... Semakin comel, semakin besar dan semakin pandai nangis.... He..he.... Dah besar kan... Mestilah dah pandai demand......

Mama, baba dan akak2 sgt2 menyayangi Adeeb.....

Friday 17 February 2012

Adeeb meragam

Biasanya Adeeb tak meragam. Tapi harini ntah kenapa Adeeb meragam.... Adakah sbb mama mkn nasi kerabu? Atau sbb2 lain?

Thursday 16 February 2012

Injection

Sepatutnya Adeeb kena inject 15 feb, tapi baba ada hal... So Adeeb kena inject 16 feb