Saturday 21 January 2012

Nama baby

Nama baby ialah Muhammad Adeeb bin Abdul Haleem. Nama ni baba yang beri. Mama ikut saja. Makna Adeeb ialah berpengetahuan dan beradab. Baba daftar kelahiran di Jabatan Pendaftaran Kuala Selangor pada 20 Jan 2012.

Alhamdullillah

Syukur Alhamdullillah...... Mama dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 15jan2012. Tarikh ini adalah tarikh jangkaan yang doktor beri dan baby lahir tepat pada masanya. Orang kata jarang yg lahir tepat pada masanya. Sebenarnya plan asal mama kena induce untuk paksa baby keluar. Tapi tak sempat kena induce, baby dah keluar dulu.. Berikut rentetannya:

Pagi 14 Jan 2012
Mama kena masuk wad di Hospital Ampang. Mama dapat katil no.25, wad 4d. Doktor kata mama akan diinduce pukul 7 pagi keesokkan harinya. So sepanjang hari mama di wad. Baba hanya temankan mama dari pukul 12.30 hingga 7 malam sebab itulah waktu melawat yang dibenarkan. Anak2 yang lain, ikut abg ipar balik kampung.

15 Jan 2012
Tepat pukul 12 malam, perut mama sakit seperti masuk angin. So mama kerap ke toilet untuk buang air kecil dan buang angin. Adalah dalam setengah jam sekali.

Dalam pukul 2pagi.. Perut mama sakit selang 10 minit sekali... Mama ke toilet dan buang air besar. Lepas tu mama tengok ada lendir darah, so mama terus maklumkan pada doktor. Doktor check dah terbuka 5cm. Mama segera ditolak ke dewan bersalin kira2 jam 3 pagi. Sampai di dewan bersalin, air ketuban mama dipecahkan... Dan lepas tu bermulalah proses meneran dan akhirnya pukul 3.21pagi, mama selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.08kg.

Selesai proses mengeluarkan uri dan jahitan (yg mmg membuatkan mama trauma), nurse suruh mama menyusukan baby.. Setelah itu mama di bawa ke wad 4c iaitu wad untuk baby dan ibu selepas bersalin.

Alhamdullilah pada hari yang sama mama dan baby dibenarkan pulang......

Friday 13 January 2012

Masih belum lahir lagi

Ya.. Alhamdullillah... hari ini sudah 40 minggu baby dalam perut.. Dah sememangnya dilahirkan dah. Tapi baby mama masih belum ada tanda2 untuk dilahirkan. Baby nak tunggu esok kot, sebab esok mama memang kena masuk wad.

Kalau baby keluar waktu akak-akak pergi sekolah, susah pulak baba nak uruskan mama, baby, akak nabeela dan akak nadeea... Ialah tentu baba akan terkejar2 ke sana sini. Sebab itulah baby faham keadaan ini... Sebenarnya ini semua kehendak Allah s.w.t Sudah tentu Allah menetapkannya dan mempunyai sebab yang tersendiri. Walau apapun, permudahkanlah urusanku sewaktu bersalin nanti Ya Allah. Kurangkanlah kesakitanku Ya Allah. Aku tau Kau Maha Mengetahui... Allahuakbar.. Allah Maha Besar.

Jika mama masih tak bersalin hari ini, esok pagi-pagi baba kena hantar Nabeela dan Nadeea ke rumah Mak Tok. Mak Tok adalah ibu mertua kepada abg ipar mama. Lepas tu, abg ipar mama akan bawa anak-anak mama tu balik Ijok... So akak-akak akan dijaga oleh nenek Ijok dan pak cik serta mak cik yang lain. Lagipun anak-anak mama tu dah besar, dah boleh uruskan diri sendiri.. Cuma makanan kenalah disediakan kan.....

Harini mama memang kena siapkan semua urusan menggosok baju, dan segala urusan rumah tangga (mana yang mama mampu buatlah).... Baba pegi keje pun sekarang ni kena sentiasa standby... kenalah jawab call mama walaupun sedang meeting. Ialah mana tau, dah pecah air ketuban ke, atau keluar tanda-tanda lain ke?....

Terus-terang mama sudah tidak sabar untuk menatap baby dalam kandungan mama ni. Adakah rupa baba, atau rupa mama? Walau apapun biarlah baby ini dilahirkan dalam keadaan sihat. Dan mama juga dalam keadaan sihat.

Rasa berdebar-debar menunggu hari esok... Ialah esok kena masuk wad. Harap-harap baby mama dapat keluar dengan senang. Inilah first time mama akan bersalin di hospital kerajaan iaitu Hospital Ampang. Semoga layanan yang diberikan baik dan memuaskan. Sebelum ni, mama bersalin di Hospital Swasta. Layanan memang baik, maklumlah berbayar..

Nama baby kali ni, baba yang cari. Setakat ni nama baby ialah Muhammad Adeeb. Ntahlah kalau nanti baba bertukar fikiran. Mama ikut sahaja mana yang terbaik.

Kepada sesiapa yang membaca entry ni, tolonglah doakan sama supaya Allah permudahkan proses bersalin mama..... Sudah lebih 7 tahun, mama tidak melahirkan anak. Sudah tentu rasa macam first time pulak. Sakit yang dulu, sudah tentu ingat-ingat lupa.....

Sekali lagi Ya Allah, Kau permudahkanlah proses aku bersalin esok. Semoga semuanya berjalan lancar. Dan Kau kurangkanlah kesakitanku Ya Allah.... Aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah....

Wednesday 11 January 2012

Ia makin hampir

Mama kira due date 13hb, tapi doktor kira 15 hb.... Mana satu ye.... Apapun ia makin hampir..... Setakat hari ini masih belum ada tanda2 lagi..... Tapi mama mmg kena bersiap sedia... Ibarat bom yang bakal meletup pada bila2 masa sahaja.....

Ramai juga ahli keluarga yang sudah tidak sabar2 utk menatap wajah baby mama ni... Mama apalagi... Sudah tentulahkan... Tapi Allah belum takdirkan baby ini utk keluar, so kita tunggu dan lihat ok... Baba nampaknya relax aje, tapi sapa taukan apa yang ada dalam hati baba tu...

Seandainya masih lagi belum ada tanda2.... Mama kena masuk wad juga 14hb ni... Mungkin akan di induce........ Nak kata takut, mmg takut... Ialah ia melibatkan dua nyawa... Apapun mama berharap dan berdoa agar dipermudahkan... Semoga mama dan baby selamat, sihat....

Petang tadi gi check-up kat klinik kesihatan ampang...Alhamdullillah ok... Tapi tu check-up biasa2 je.... Larat lagi mama bawa kereta ke sana.... Sebenarnya mama tak boleh lassk2 sgt... Nanti sakit inilah, itulah....

Doktor wish me good luck ptg tadi..... Pasni ntah bila dpt jumpa doktor tu lagi.....

Sunday 8 January 2012

Minggu terakhir kehamilan

Ya...mama sudah mengharungi 39 minggu kehamilan.... Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk melahirkan baby ke3 ni. Perasaan sudah tentu bercampur baur... Gembira, takut, risau, berdebar2 dan macam2 lagi.....

Setakat ni tiada lagi tanda2 mama akan bersalin... Dan jika masih belum ada tanda2 lagi, mama perlu masuk wad pada 14hb januari untuk diinduce.....

Mama berdoa dan berharap Allah permudahkan mama untuk bersalin pada kali ini. Sebab risau juga dengan dua orang lagi anak mama tu... Semoga waktu tu adalah orang yang boleh menjaga keduanya.

Mama juga ingin memohon maaf terutama kepada baba atas segala salah dan silap mama sepanjang menjadi isteri baba. Juga kepada semua ahli keluarga, rakan2 dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Maafkan mama dan doakan semuanya berjalan dengan lancar. Amin.....