Friday 23 December 2011

37 minggu dah


Alhamdullillah sudah 37 minggu mama mengandung baby ke tiga ni. My MIL kata my perut ni dah ke bawah. Dan dah tak lama dah.... berdebar2 rasanya. Malam tadi mama ke IJN melawat abah mertua dan lepas tu lepak kat hotel bersama2 adik-beradik baba... Mungkin disebabkan banyak duduk, bahagian bawah perut mama ni sakit. Agak kerap juga. Mama dah risau, dah nak bersalin ke??... Tapi bila balik rumah, mama rehat dan baring dan tido.. sakit itu hilang. Alhamdullillah.....

Kalau dulu, mama melahirkan Nadeea waktu kandungan 37 minggu. Tapi lepas tu Nadeea kena tahan dalam wad sebab jangkitan kuman dalam paru-paru, jaundis dll. Mau seminggu Nadeea duduk dalam wad. Dan mama juga berulang-alik dari Ijok ke DEMC tiap-tiap hari. Alhamdullillah Nadeea membesar dengan sihat.

Anak sulung pula, minggu ke 38 baru lahir. Memang cepat proses kelahiran Nabeela. Mama hanya muntah2 dan pergi hospital nak minta ubat tahan muntah tapi.......... nanti ada masa mama sambung ye....

Friday 16 December 2011

36 Minggu

Alhamdullillah sudah 36 minggu kandungan mama. Baby dalam perut makin aktif bergerak2. Kekadang terlalu aktif sampai senak perut mama. Tak sabar nak keluar ke baby? Sabarlah.. due date kamu lebih kurang 28 hari lagi.

Perkara yang memang perlu dan wajib mama lakukan sekarang ialah makan dan pergi toilet. Sekejap2 lapar, so kena ada banyak stock makanan kat rumah ni. Macammana nak ganti puasa ni???? Bulan puasa haritu mama tak puasa selama 3 hari. Bukannya tak tahan tapi terpaksa tak puasa sebab nak kena minum air gula dan nak check BSP. Mama dah ganti sehari. So ada dua hari lagi yang mama belum ganti. InsyaAllah lepas habis pantang nanti baru mama ganti. Nak ganti sekarang ni, rasanya tak tahan kot... Asyik lapar aje.

Dan memang kerap sangat nak ke toilet. Memang dah begitu kan... kalau setiap kali masuk toilet kena bayar, ntah berapa ringgitlah mama kena korbankan untuk sehari...he...he... sebab tu mama sekarang ni malas nak ke mana-mana. Ialah leceh pulak nak cari toilet. Tapi bila duduk kat umah bosan pulak ye... Ish..ish..ish..

Thursday 15 December 2011

Check-up at Hospital Ampang

Semalam mama pegi check-up di Hospital Ampang. Kali ni baba dan anak2 temankan. Bukan apa, payah nak parking kat sini. Sbb tu baba hantar dan temankan. Anak2 memang kena ikut sekalilah.
Semalam doktor scan baby lagi. Alhamdullillah baby sihat dan berat baby dalam 2.1kg. Walaupun begitu saiz baby agak kecil. Dan doktor yang ke tiga ni bagitau, jantina baby ialah lelaki. Alhamdullillah. Dah 3 orang doktor yang berbeza scan baby boy.

Lepas ni mama kena check-up macam biasa di Klinik Kesihatan Ampang. Dan tunggulah sampai ada tanda2 baru ke Hospital Ampang. Jika tiada tanda2, 14 Januari 2012 memang mama kena admit ward.. Mama berdoa dan berharap kelahiran kali ni dipermuahkan olehNya. Amin.

Monday 12 December 2011

Persiapan baby

Persiapan untuk baby sudah mama sediakan. Antaranya baju, barut, sarung tangan, sarung kaki, tuala, dyper dll. Selimut aje tak beli lagi. Mama takdelah banyak beli yang baru. Banyak jugak guna yang lama-lama. Lagipun baby kan cepat besar, so tak payahlah beli banyak2 baju baby. Gunalah mana yang ada. Baju-baju yang lama sudah dibasuh dan sudah dilipat. Mama juga sudah packing baju baby dan baju mama dalam beg dan dah letak kat bonet kereta baba. Senang sikit kalau tetiba sakit nak bersalin. Takyah susah payah baba nak packing. Bukan sahaja baju baby dan baju mama, baju kakak2 pun mama packing jugak. Mana taukan, kakak-kakak kena tumpang umah mummy along ke, umah mama alang ke, atau umah mak tok ke... Ntahlah tak dapat nak dijangka mana nak letak kakak2 bila mama sakit bersalin nanti. Mungkin waktu tu kakak2 masih di sekolah (jika siang), dan di rumah (jika malam). Apapun semoga segala urusan kelahiran baby kali ini dipermudahkan oleh Allah swt.

Kalau diikutkan due date, ada lebih kurang sebulan lagi, tapi biarlah semua persiapan ini mama siapkan awal. Mana tau mama bersalin awal lagi kali ini. Dulu anak sulung, mama bersalin awal 2 minggu, anak kedua pula , mama bersalin awal 3 minggu. Untuk yang ini tak taulah macammana.

Sesi persekolahan baru ialah pada 4 Januari 2012. Mama dah plan nak bercuti awal (walaupun belum bersalin lagi). Almaklumlah kakak2 akan bersekolah di sekolah baru iaitu di Sek Keb Taman Kosas. Bolehlah mama uruskan dorang sementara mama belum bersalin. Mama harap kakak2 akan gembira di sekolah baru. Terpaksalah kakak2 berkorban. Bukan saja nak pindahkan dorang sekolah, tapi bila mama bersalin nanti, senang sikit kot urusan transport ke sekolah sbb sekolah ni dekat ngan rumah berbanding sekolah lama. Adalah van yang boleh menghantar dan mengambil dorang.

Wednesday 7 December 2011

Menghampiri 35 minggu

Semalam ke klinik lagi untuk ujian BSP kali yang ke 7 rasanya. Alhamdullillah result ok. Sekarang ni nak masuk 35 minggu. Alhamdulillah kesihatan mama baik. Cuma perut ni selalu rasa tegang. Mungkin baby dah makin membesar. Mama pun cepat penat.

Semakin hampir dengan due date, semakin risau dibuatnya. Adakah mama akan bersalin awal, bersalin lewat atau tepat pada tarikh yang dijangka iaitu 15 jan 2012. Tapi mama ambil cuti bersalin awal. So maknanya mama akan terus bercuti walaupun sesi persekolahan bermula 4 jan depan.

Anak2 akan bersekolah di sekolah baru iaitu di SK Taman Kosas. Bukan saja nak tukarkan dorang ni, tapi terpaksa... Sbb dekat dengan rumah. Ada van yang boleh mengambil dan menghantar dorang. Actually mama lagi suka dan rasa selamat kalau mama sendiri yang menghantar dan mengambil dorang. Tapi dalam pantang, tak bolehlah mama berbuat demikian. Semoga anak2 gembira di sekolah baru nanti. Terpaksalah dorang berkorban..... Semoga keputusan mama dan baba ini adalah yang terbaik untuk anak2....

Friday 2 December 2011

34 weeks

Semalam mama gi klinik kesihatan Ampang untuk menjalani rutin check-up seperi biasa. Oleh kerana cuti sekolah, terpaksalah bawa dua orang Ainnur tu... Mama sampai situ dalam pukul 11pagi. Nak dekat pukul 2.00petang baru dapat jumpa nurse. Doktor pulak dah pegi lunch waktu tu, so nurse suruh mama pegi lunch dulu... Dalam kul 2.30ptg mama ke klinik semula, tungu giliran lagi untuk jumpa doktor.. Dalam pukul 3.00ptg baru setted. Punyalah lama....ramai betul ibu2 mengandung haritu, masing2 dah muka letih, nak senyum pun payah.. Dahlah perut masing2 membuyut....kesiankan...

Alhamdullillah takde sebarang masalah. Berat mama ialah 55kg.

Next appointment
6 dis - BSP
14 dis - check-up kat Hospital Ampang
20 dis - check-up dan BSP sekali d Klinik Kesihatan Ampang

Wednesday 30 November 2011

33 Weeks 5 Days


Alhamdullillah dah 33 weeks and 5 days pregnant. Setakat ni, mama sihat walafiat. Cuma cepat letih.. Almaklumlah perut dah memboyot kan. Baby dalam perut semakin aktif bergerak-gerak. Alhamdullillah. Cuma mama memang kerap sangat ke toilet untuk buang air. Ini perkara normal kan untuk ibu-ibu yang mengandung terutama dalam trimister ke 3 ni.

Sebenarnya makin hampir dengan due date, makin takut sebenarnya. Dah lebih 7 tahun mama tak bersalin.. dah tentu takut..... Apapun mama tetap berdoa, semoga mama dipermudahkan bersalin seperti yang sebelum-sebelum ini.. U all pun tolonglah doakan juga ye.

Anak sulung mama lahir 2 minggu awal dari due date. Anak ke dua mama pula lahir 3 minggu awal. Ntah macammana dgn anak ke tiga mama ni. Mama harapkan biarlah betul2 kena pada tarikhnya iaitu 15 Januari 2012..

Nama baby kali ni, baba yang cari.. So mama pun surprise juga apakah nama baby mama ni nanti... Apapun kita tunggu dan lihat...

Oh ye.. esok mama ada rutin check-up kat Klinik Kesihatan Ampang..... memang anak gomen baby mama kali ni. Kakak2nya dulu check-up dan bersalin di klinik dan hospital swasta. Kali ni InsyaAllah mama akan bersalin di Hospital Ampang. Mudah2an semuanya berjalan lancar dan takde apa2 masalah.....

Saturday 26 November 2011

33 weeks

Alhamdullillah hari usia baby dalam perut 33 weeks and 1 day. Ada lebih kurang 48 hari aje lagi untuk baby melihat dunia. Apapun bergantung kepada keadaan dan izin Allah. Mungkin lebih awal, mungkin lewat... Apapun mama berharap semuanya berjalan lancar.

Rutin check-up makin kerap. 16 november lepas, mama gi check-up macam biasa. Alhamdulillah semuanya ok. 22 november lepas pula, mama kena buat BSP.. Alhamdullillah result ok. Selain buat BSP, mama juga kena ambil darah di lengan.. Sakit.. Huhuk....

Tarikh check-up seterusnya
1 disember - regular check-up di klinik kesihatan ampang
6 disember - BSP
14 disember - check-up di hospital ampang pula...

Tgk... Tiap2 minggu bz ngan check-up. Mujur juga sudah cuti sekolah. Takdelah masalahkan.

Bercerita tentang persiapan baby pula, mama hanya dah beli baju2 dn seluar sahaja... Yg lain2 belum beli lagi... Ada sesapa nak sedekah tak?... He..he...

Tuesday 8 November 2011

Himpunan cerita check-up

Jumpa PZM on 20 Okt 2011

Apa itu PZM? PZM ialah pegawai zat makanan. Mama kena mengadap PZM harini. Disebabkan pegawai tu hanya datang pada sebelah pagi, jadi mama terpaksa tukar shift petang harini. Appointment dgn PZM pukul 9.00 pagi. Tapi mama sampai klinik dalam pukul 8.30 pagi, jadi mama pegi sarapan dulu. PZM tu hanya sampai dalam kul 9.40 pagi. Lama jugaklah menunggu. Macam-macam nasihat dan panduan yang diberi. InsyaAllah mama akan amalkan.

BSP again on 25 Oct 2011
 
Ni BSP kali yg keempat. Mama tak ambil cuti atau tukar. Mama dtg lewat sikit ke sekolah. Bacaan kali ini ialah 4.3/9.5/5.5/6.0. Yang agak tinggi ialah bacaan kedua iaitu 9.5. Mama makan sepinggan bihun sebelum tu.

Check-up on 2/11/11

Harini check-up macam biasa, prosedur tetap sama.. pegi kaunter tu, kaunter ni, bilik tu, dan bilik ni. Tapi sebagai tambahan, mama kena jumpa doctor pakar kat klinik tu. Beliau nasihatkan dan arahkan mama buat check-up kat Hospital Ampang. 

Hospital Ampang 3/11/11

Baba hantar mama ke Hospital Ampang harini. Ingatkan dapat jumpa doctor, tapi buat appointment aje rupanya. Mama kena datang lagi pada 8 /11/11. Tapi mama dinasihatkan buat BSP lagi pada 7/11/11.

BSP kali ke lima pada 7/11/11

Disebabkan mama masih di Banting, jadi mama buat BSP di hospital Banting. Mama buat di bahagian ‘kecemasan’ sahaja sebab bahagian2 lain bercuti.. Ialah kan cuti Hari Raya Aidiladha. Keputusannya Alhamdulillah baik.

Check-up di Hospital Ampang on 8/11/11
 
Baba hantar mama ke Hospital Ampang sbb parking kat sini agak susah. Setelah sejam lebih menunggu, akhirnya mama jumpa doctor. Doktor scan baby lagi. Alhamdullillah baby sihat dan doctor juga beritahu baby boy dalam perut mama ni. Doktor nak jumpa mama lagi 14 Disember 2011. Dan doctor suruh mama buat BSP 2 minggu sekali. Minggu depan iaitu 16 Nov mama kena buat check-up kat Klinik Kesihatan Ampang.. mmg dah jadi muka hospital/klinik je mama ni...

Wednesday 19 October 2011

Check-up yang membosankan

Harini mama kena check-up lagi.. mula-mula kena tegur berat badan naik 3 kg dari bulan lepas. Berat badan harini 53kg. Check air kencing pun ada gula sikit. Then selasa depan kena datang klinik lagi untuk buat Blood Sugar Test lagi... adui bosannya.. mujurlah selasa depan memang mama cuti, kalau tak tentu leceh nak bercuti .. Bercuti memangle best, tapi nak inform pentadbir sekolah yang tak best tu.

Bila jumpa doktor, doktor advise suruh jaga makan. Dah mulut ni sedap je nak makan, bantailah makan.. dan esok kena gi klinik lagi jumpa pakar pemakanan... Adui bosannya.. bukannya apa, kena jumpa waktu pagi, esokkan pagi nak kena keje.. boleh je nak mintak tolong tukar ngan member tapi lately letihlah nak masuk sekolah petang.. rasa macam tak best sangat sbb biasanya ptg2 mama tido atau berehat.. Ni kena ada kat sekolah, tu yang rasa kurang best. Perut dah makin membesar ni memang selalu rasa letih. 

Balik dari klinik dalam pukul 3.30ptg.. rasa ngantuk sangat.. nak tido tapi takut terlajak tido.. takut terlewat amik anak-anak nanti. Tu yang mama menahan mata sambil menaip post terkini. Sambil tu tunggu baju yang sedang dicuci... tapi banyak baju yang belum dilipat... eh.. ngarut pasal baju pulak, blog ni khas untuk updated my pregnancy aje, tapi melalut benda lain pulak.

Sambung balik citer baby dalam perut ni... Lagi beberapa hari masuklah usia 7 bulan kandungan mama ni. Orang kata perut mama ni kecik. Dah kecik nak buat macammanakan... tapi kecik-kecik pun letih jugak nak membawanya. Ni baby tengah main bola dalam perut ni.. Agak aktif jugak baby ni.. Almaklumlah baby boy .. InsyaAllah betul telahan doktor...
 





Wednesday 5 October 2011

Scan Baby

Alhamdullillah syukur kepada Allah, scan baby boy... Syukur sangat2. Harap-harap betul telahan doktor..... Waktu scan baby, mama ditemani baba dan anak-anak.. nampak baby sedang tabik..he..he... bakal jadi polis ke ni?????.... 

Nama siboboi dalam perut ni belum tahu lagi.. Kali ni baba yang bagi nama.. tapi biasalah babakan,... seorang yang teliti, so lambat lagilah kita tau apa nama baby... Sabar ye semua.. lagipun lebih kurang 3 bulan lagi baru boboi dapat lihat dunia.. Sama-samalah kita doakan boboi dan mama sentiasa sihat....

Boboi dijangka lahir pertengahan bulan Januari 2012. Bermula dari itu, sudah tentulah mama dan baba akan sibuk dengan baby baru.. dah lama kami tak timang baby... agak kekok kot... Ialah kakak-kakak boboi dah besar2... Sure nanti kakak-kakak boboi akan tolong jaga boboi..... Keluarga kami akan bertambah ramai. Syukur kepada Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.. dan semoga kasih sayang kami suami isteri makin erat.... Amin.

Mama juga doakan kawan-kawan mama yg masih belum dikurniakan rezeki dan masih belum dapat menambah cahayamata, agar cepat2 dikurniakan cahayamata....

Nabeela sebagai kakak yang sulung, semoga akan menjadi lebih matang dan lebih bertanggungjawab.. Nadeea sebagai kakak kedua yg mungkin akan dipanggil 'kak Na' juga akan lebih matang.. Sayangilah siboboi sepenuh hati kalian ok.. Jangan cemburukan adik ok.. Dan sudah tentu mama berharap anak2 mama akan sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Sentiasa taat kepada Allah, patuh cakap mama dan baba, sentiasa menghormati orang tua, ibu bapa dan guru2......


Tuesday 27 September 2011

Blood Sugar Test Again

Awal pagi lagi mama sudah ditemani anak-anak ke klinik Kesihatan Ampang untuk Blood Sugar Test. Bacaan pertama dalam kul 8.00 pagi ialah 4.. Pastu mama dan anak-anak gi sarapan roti canai...(mama makan sekeping je, ikut hati mmg nak makan byk sbb sedap.. tapi terpaksa dikontrol).. Then kul 9 pagi, test lagi.. bacaannya agak tinggi iaitu 8++...... Risau dah mama.. So dalam kul 11 pagi tu mama makan nasi sikit ajelah sbb kul 12 kena check lagi..... dalam kul 12 tu mama ke klinik lagi... yang agak mengejutkan, bacaan terlalu rendah pulak... lagu mana ni.... Dan bacaan untuk pukul 8malam, Alhamdullillah okey iaitu 4.8

Friday 23 September 2011

6 bulan sudah


Harini kandungan mama berusia 24 weeks @ 6 month... Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. Belum lagi mencari pengasuh untuk bakal baby ini..

 Keadaan mama sihat, cuma kaki yang kejang malam kelmarin, masih lagi terasa kesakitannya. Harap2 cepatlah baik dan takde lain-lain penyakit lain..

Lebih kurang 3 bulan lagi mama bakal melahirkan baby ini.. Dan waktu itu tentu makin riuhlah rumah kami dengan tawa dan tangis baby.. Mama tak sabar nak menyusukan baby ini.


Wednesday 21 September 2011

Check up again

Harini mama ada check-up lagi. So far, Alhamdullillah result ok.. berat 50kg... naiklah 2 kg... denyutan jantung baby pun okey. Tapi tak buat scan baby. Kena buat kat klinik swasta. Haritu dah pergi Klinik Famili, Bandar Puteri tapi tutuplah pulak. Then gi 2 buah klinik di Ampang, tapi doktornya sume lelaki.. Tak maulahkan.. Biarlah doktor wanita yang check/scan.. Udahnya sampai sekarang belum sempat scan baby lagi. Agak2nya baby boy ke baby girl?? Mama dah tentu berharap baby boy sbb mama dan baba dah ada 2 org anak perempuan.

Minggu depan mama kena gi klinik lagi untuk Ujian gula dalam darah. Ingatkan takyah buat dah.. rupa-rupanya kena buat lagi... Kena jaga makanlah lepas ni... Next check-up lagi ialah 19 Oct 2011.

Friday 26 August 2011

25 ogos 2011

Di awal pagi mama dah ada di klinik kesihatan ampang. Result blood sugar ok... Pastu mama balik umah, makan dn ke klinik semula... Result blood sugar pun ok..... Mama balik, ambil anak2 sekolah dn balik umah, makan lagi dn ke klinik semula... Alhamdullillah result ok... [ialah jaga makan beb)... Malamnya mama ke klinik lagi dn syukur, resultnya pun ok,... So tak payahlah kes mama ni dirujuk hospital...... Tapi lps ni mmg kena jaga makan, next appoinment ialah 21 september...


KESIMPULANNYA MAMA TAK PUASA SELAMA 3 HARI DAN WAJIBLAH MAMA MENGGANTINYA. MAKAN PUN KENA KONTROL......

Thursday 25 August 2011

24 ogos 2011

Harini mama ada check up lagi........... Semuanya ok, cuma yg membimbangkan ialah result blood sugar haritu, doktor suruh mama dtg semula esok utk check semula darah.... Kalau still tinggi mmg kena refer hospital..... Mama dah risau dah.......


Malam ni mama kena puasa lagi dn esok pepagi kena ke klinik semula....

Wednesday 17 August 2011

16 ogos 2011

Sdg mama tidur pd ptg 15 ogos 2011, mama terima call dari klinik kesihatan ampang.... Nurse tu cakap result lps minum air gula tu memang tinggi iaitu 14... Yg sebaiknya ialah 7. So 14 tu dah mmg tinggi sesangat. Dia suruh mama dtg ke klinik lagi keesokkan harinya . Mama dah kalut ni.. Esok keje, camner pulak nak gi.... Udahnya mama sms guru besar dan minta cuti. Syukur gb luluskan.....

Macam biasa, mama kena puasa malam. Pepagi kul 8.00 pagi ambil darah sekali, pastu kul 9.00 pagi pulak... Seterusnya pukul 12 tgh hari dan seterusnya pukul 8.00 malam. Bayangkan byk kali mama kena ulang alik.... Dan keputusannya , bacaan pertama dan kedua resultnya ok tapi bacaan ketiga dan keempat agak tinggi juga iaitu 9.....

Saturday 13 August 2011

12 Ogos 2011

Mama terpaksa tak puasa harini sbb kena minum air gula. Pepagi mama dah btapak di klinik keihatan ampang. Start mlm tadi mama kena puasa. Sblm minum air gula, nurse ambil darah mama dulu. Pastu baru minum air gula yg teramatlah manisnya. Lps minum mmg rasa nak muntah,ialah mana taknya.. Dahlah tak mkn apa2 dari malam tadi, kena minum air gula dn x boleh minum air kosong pun.. Mmg nak termuntah..... Tapi tahan aje.... Lepas 2 jam nurse ambil darah lagi sekali... Nak tau resultnya? Tunggu.."

Thursday 4 August 2011

Mengandung di bulan puasa

Sebelum bulan puasa menjelang, mama rasa risau je... sbbnya mama tak boleh lewat makan atau tak makan. Mama akan pening, perut masuk angin, nak muntah dll ...
Tapi Alhamdullillah.. harini adalah hari ke empat puasa... mama tak mengalami masalah seperti yg dinyatakan di atas. Cuma perkara biasalah sewaktu puasa iaitu lapar dan dahaga..... Harap2 keadaan mama ni akan terus mengizinkan mama berpuasa hingga akhir Ramadhan nanti. Mudah2an. 
Tahun ni juadah berbuka mama tak beli dari pasar Ramadhan pun (setakat harinilah).. Hari pertama masak bihun dan lempeng, hari kedua masak cengkodok ikan bilis, sandwich sardin. Hari ke tiga pula, goreng samosa (ready made), goreng fries dan sagu gula melaka. harini pula keledek goreng, kentang goreng, keledek rebus....
 Esok?????

Cerita mama

Lama juga tidak mengupdate blog ni... agak payah juga nak mengingati perkara2 yg dah sebulan berlalu........... emmm.. tapi ingatlah sikit2. Seingat mama, morning sickness berlanjutan hingga ke minggu 12. Selepas tu, Alhamdullillah .. morning sickness itu beransur2 hilang.Selera makan juga bertambah...

26 June 2011
Kandungan mama masuk minggu ke 12... Mama buat check-up di Klinik Izham, Taman Kosas. Mama buat scan. Size baby kecil sangat... usia baby (ikut saiznya) dalam 10 minggu. Berat mama dalam 47kg.

28 Julai 2011
Mama buat check-up lagi. tapi kali ni di Klinik Kesihatan Ampang. Memang menguji kesabaran betul. Dalam masa nak dekat 5 jam baru selesai semua urusan. Mula2 masuk bilik 4 utk sesi temuduga dan ambil darah utk check jenis darah, kandungan gula dalam darah dan HIV test. Nak masuk ke bilik 4 ni ambil masa nak dekat 3 jam menunggu. Then gi kaunter 2 untuk timbang berat dan check air kencing. Pastu gi kaunter 14 untuk serah sample darah dan tunggu keputusan kandungan gula dalam darah. Lepas tu menunggu lagi untuk berjumpa nurse di bilik 5..... Ha... pastu barulah ke bilik 19 utk berjumpa dengan doktor. Dan lepas tu amik ubat........................ Ikut hati mmg taknak gi klinik kerajaan ni sbb lama sangat menunggu. Tapi ntah kenapa kali ni terasa nak ke sana pulak. Appointment lepas ni ialah pada 12 Ogos 2011. Tujuannya utk check kencing manis. So mama tak boleh berpuasa pada hari itu. Sbb kena minum air gula dan ambil darah. Ini disebabkan umur mama tahun ni 35 tahun. So kenalah buat benda tu. Takut kena kencing manis masa mengandung ni....

Tuesday 7 June 2011

Peneman baru

Masuk minggu ke lapan, gejala morning sickness memang melanda diri mama ni. Bukan hanya pagi, tapi pagi, petang, siang, malam... Rasa loya, mual, pening dan muntah-muntah... Jadi untuk melegakannya, mama ada peneman baru iaitu MINYAK ANGIN CAP KAPAK.....

Dalam minggu ni masih lagi cuti sekolah, memang banyak terbaringlah jawabnya... tapi minggu depan dah start sekolah semula... camner ye????

Thursday 2 June 2011

Simpton2 pregnancy sudah tiba

Masuk minggu ke 7 ni, simpton2 mengandung sudah tiba.. rasa pening, loya, mual, muntah-muntah semua ada. Kadang-kadang sampai tak larat rasanya. Mujur juga cuti sekolah, dapatlah baring-baring. Tapi mama kena kuatkan semangat untuk menghadapinya. Dah memang lumrah seorang ibu mengandungkan.... Ada lagi yang lebih teruk daripada mama..............

Apapun mama berharap sangat ianya tidak berpanjangan... Hanya ibu-ibu mengandung yang pernah mengalaminya sahaja yang tau betapa peritnya.....................

Mama kena kuat, kuatkan semangat, kuatkan mental, kuatkan fizikal..........................................




Saturday 28 May 2011

Alhamdullillah

Alhamdullillah kesihatan mama baik, makan pun sedap je.. cuma tak boleh lewat makan..... mulalah pusing...

Tapi semalam mama kurang sihat, makan tak lalu, loya, nak muntah dsb. Sampaikan akak dan nadeea pun mama tak hantar pegi sekolah sebab tak larat... Nasib baik dah habis exam.

Untuk kandungan kali ini mama berharap sangat ianya baby boy.. ialah, mama dah ada dua orang anak perempuan, of course nak anak lelaki pulakkan... apapun itu semua rezeki dan ketentuan dari Allah s.w.t. Yang penting mama dan baby dalam kandungan ini sihat walafiat.

Pasal nama baby, baba kata kali ni dia nak namakan.. tak payahlah susah payah mama cari nama... Tapi dulu, untuk anak ke dua, actually turn baba untuk bagi nama. Tapi mama jugak yg bagi nama.. he..he..he...

Buat ke dua-dua orang anakku iaitu Ainnur Nabeela dan Ainnur Nadeea.. mama sayang kamu berdua sangat-sangat... Dan yang paling mama sayang tentulah baba.... Love you...



21 MAY 2011

Mama, baba, akak dan Nadeea saja nak tengok baby harini. Jadi kamipun ke Klinik Famili, Bandar Puteri, Puchong..... Tapi masih tak nampak baby lagi.. ialah baru 6 minggu... hanya nampak 'kantung' baby aje.. 

Bayaran yang dikenakan = RM63.00 

18 MEI 2011

Period mama dah lewat 10 hari... berdebar-debar juga hati.. adakah mama mengandung????? baba suruh mama beli pregnancy test tu.... mama pun belilah, haga dalam RM10.00. jeng..jeng...jeng...

Seawal pukul 4.30 pagi mama check... mama lihat ada dua jalur.. itu tandanya positif. Syukur Alhamdullillah... Tapi untuk kepastian, pepagi lagi mama dah ke klinik Waqaf Annur Bukit Indah... dan Alhamdullillah, ujian yang dijalankan juga positif... Habis satu 'dunia' mama hebahkan berita gembira ini. Syukur Alhamdullillah , Ya Allah... setelah setahun mencuba, akhirnya mama disahkan mengandung. Syukur...


Saturday 21 May 2011

SALAM

Pertama sekali mama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kesempatan untuk menimang seorang lagi cahaya mata. Syukur Alhamdullilah.. Sudah hampir 7 tahun mama tidak mengandung... Dan mama berharap kandungan ini akan sihat dan mama betul2 berharap dikurniakan seorang bayi lelaki...

Terima kasih kepada baba, akak dan nadeea.... Marilah kita sama-sama berdoa agar baby dalam kandungan mama ini sihat walafiat.