Saturday 17 March 2012

Cerita anak2

Minggu ni adalah cuti sekolah untuk semua guru2 dan murid2. Mama memang tetap cuti sebab cuti bersalin mama hanya akan berakhir pada 1 april nanti. Disebabkan mama ada baby kecil dan baba pula bekerja, takde sapa nak bawa nabeela dan nadeea gi jalan2. Hanya hujung minggu je we all balik kampung. Dapatlah nabeela dan nadeea bermain2 ngan sepupu dorang.. Kalau kat rumah ni kena tolong mama jaga adik.

Semalam petang mummy along ( my akak ipar ) dengan baik hatinya telah membawa anak2 dara mama tu ke kidszania.... Mmg seronoklah dorang... Nabeela mmg teringin nak ke situ. Tambah pula pegi ngan sepupu dorang iaitu tijani dan nuha.... Lagilah bertambah2 happynya.... Alhamdullillah merasa juga dorang jalan2. Tiap kali cuti sekolah memang mummy along akan bawak dorang jalan2..... Tq mummy...

Cerita pasal adeeb pula, mama dah start bagi dia susu botol, mama perah susu dan masukkan dalam botol. Alhamdullillah dia mau... Mama juga dah start tidurkan dia dalam buai... Mudah sikit kat rumah pengasuh nanti. Mama harap adeeb serasi dengan pengasuh baru nanti... Lebih kurang 2 minggu lebih lagi mama akan kembali bekerja..... Terpaksalah adeeb dijaga oleh orang lain.... Sedih memanglah sedih... Tapi apakan daya... Mama terpaksa bekerja sayang... Mujur juga mama kerja separuh hari.... Dalam pukul 2 ptg dah boleh jumpa adeeb semula... Teringat dulu waktu nabeela dan nadeea masih bayi... Start umur 2 bulan mama terpaksa hantar dorang ke nursery dari pagi sampai petang.... Alhamdullillah diaorang membesar juga akhirnya walaupun kerap sgt demam.. Faham 2 ajelah hantar kat nursery... Budakkan ramai........

Semoga anak2 mama akan menjadi anak2 yang soleh dan solehah... Amin... Mama sayang nabeela, nadeea dan adeeb sgt2... Muahhhhhhhh......