Sunday 8 January 2012

Minggu terakhir kehamilan

Ya...mama sudah mengharungi 39 minggu kehamilan.... Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk melahirkan baby ke3 ni. Perasaan sudah tentu bercampur baur... Gembira, takut, risau, berdebar2 dan macam2 lagi.....

Setakat ni tiada lagi tanda2 mama akan bersalin... Dan jika masih belum ada tanda2 lagi, mama perlu masuk wad pada 14hb januari untuk diinduce.....

Mama berdoa dan berharap Allah permudahkan mama untuk bersalin pada kali ini. Sebab risau juga dengan dua orang lagi anak mama tu... Semoga waktu tu adalah orang yang boleh menjaga keduanya.

Mama juga ingin memohon maaf terutama kepada baba atas segala salah dan silap mama sepanjang menjadi isteri baba. Juga kepada semua ahli keluarga, rakan2 dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Maafkan mama dan doakan semuanya berjalan dengan lancar. Amin.....

No comments:

Post a Comment