Saturday 21 January 2012

Alhamdullillah

Syukur Alhamdullillah...... Mama dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 15jan2012. Tarikh ini adalah tarikh jangkaan yang doktor beri dan baby lahir tepat pada masanya. Orang kata jarang yg lahir tepat pada masanya. Sebenarnya plan asal mama kena induce untuk paksa baby keluar. Tapi tak sempat kena induce, baby dah keluar dulu.. Berikut rentetannya:

Pagi 14 Jan 2012
Mama kena masuk wad di Hospital Ampang. Mama dapat katil no.25, wad 4d. Doktor kata mama akan diinduce pukul 7 pagi keesokkan harinya. So sepanjang hari mama di wad. Baba hanya temankan mama dari pukul 12.30 hingga 7 malam sebab itulah waktu melawat yang dibenarkan. Anak2 yang lain, ikut abg ipar balik kampung.

15 Jan 2012
Tepat pukul 12 malam, perut mama sakit seperti masuk angin. So mama kerap ke toilet untuk buang air kecil dan buang angin. Adalah dalam setengah jam sekali.

Dalam pukul 2pagi.. Perut mama sakit selang 10 minit sekali... Mama ke toilet dan buang air besar. Lepas tu mama tengok ada lendir darah, so mama terus maklumkan pada doktor. Doktor check dah terbuka 5cm. Mama segera ditolak ke dewan bersalin kira2 jam 3 pagi. Sampai di dewan bersalin, air ketuban mama dipecahkan... Dan lepas tu bermulalah proses meneran dan akhirnya pukul 3.21pagi, mama selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.08kg.

Selesai proses mengeluarkan uri dan jahitan (yg mmg membuatkan mama trauma), nurse suruh mama menyusukan baby.. Setelah itu mama di bawa ke wad 4c iaitu wad untuk baby dan ibu selepas bersalin.

Alhamdullilah pada hari yang sama mama dan baby dibenarkan pulang......

No comments:

Post a Comment