Friday 13 January 2012

Masih belum lahir lagi

Ya.. Alhamdullillah... hari ini sudah 40 minggu baby dalam perut.. Dah sememangnya dilahirkan dah. Tapi baby mama masih belum ada tanda2 untuk dilahirkan. Baby nak tunggu esok kot, sebab esok mama memang kena masuk wad.

Kalau baby keluar waktu akak-akak pergi sekolah, susah pulak baba nak uruskan mama, baby, akak nabeela dan akak nadeea... Ialah tentu baba akan terkejar2 ke sana sini. Sebab itulah baby faham keadaan ini... Sebenarnya ini semua kehendak Allah s.w.t Sudah tentu Allah menetapkannya dan mempunyai sebab yang tersendiri. Walau apapun, permudahkanlah urusanku sewaktu bersalin nanti Ya Allah. Kurangkanlah kesakitanku Ya Allah. Aku tau Kau Maha Mengetahui... Allahuakbar.. Allah Maha Besar.

Jika mama masih tak bersalin hari ini, esok pagi-pagi baba kena hantar Nabeela dan Nadeea ke rumah Mak Tok. Mak Tok adalah ibu mertua kepada abg ipar mama. Lepas tu, abg ipar mama akan bawa anak-anak mama tu balik Ijok... So akak-akak akan dijaga oleh nenek Ijok dan pak cik serta mak cik yang lain. Lagipun anak-anak mama tu dah besar, dah boleh uruskan diri sendiri.. Cuma makanan kenalah disediakan kan.....

Harini mama memang kena siapkan semua urusan menggosok baju, dan segala urusan rumah tangga (mana yang mama mampu buatlah).... Baba pegi keje pun sekarang ni kena sentiasa standby... kenalah jawab call mama walaupun sedang meeting. Ialah mana tau, dah pecah air ketuban ke, atau keluar tanda-tanda lain ke?....

Terus-terang mama sudah tidak sabar untuk menatap baby dalam kandungan mama ni. Adakah rupa baba, atau rupa mama? Walau apapun biarlah baby ini dilahirkan dalam keadaan sihat. Dan mama juga dalam keadaan sihat.

Rasa berdebar-debar menunggu hari esok... Ialah esok kena masuk wad. Harap-harap baby mama dapat keluar dengan senang. Inilah first time mama akan bersalin di hospital kerajaan iaitu Hospital Ampang. Semoga layanan yang diberikan baik dan memuaskan. Sebelum ni, mama bersalin di Hospital Swasta. Layanan memang baik, maklumlah berbayar..

Nama baby kali ni, baba yang cari. Setakat ni nama baby ialah Muhammad Adeeb. Ntahlah kalau nanti baba bertukar fikiran. Mama ikut sahaja mana yang terbaik.

Kepada sesiapa yang membaca entry ni, tolonglah doakan sama supaya Allah permudahkan proses bersalin mama..... Sudah lebih 7 tahun, mama tidak melahirkan anak. Sudah tentu rasa macam first time pulak. Sakit yang dulu, sudah tentu ingat-ingat lupa.....

Sekali lagi Ya Allah, Kau permudahkanlah proses aku bersalin esok. Semoga semuanya berjalan lancar. Dan Kau kurangkanlah kesakitanku Ya Allah.... Aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah....

No comments:

Post a Comment